Tuesday, 3 April 2018

Big Why Mendidik Anak

Bismillah

Wah! Saya rasa sangat teruja kerana inilah artikel pertama saya. Sebenarnya keinginan untuk menulis dalam blog ni dah lama bermain dalam pikiran. Saya suka berkongsi dan berharap dapat memberi sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain.

Memandangkan saya sangat berminat dalam bidang pendidikan anak-anak, saya rasa nak share berdasarkan pembacaan saya dan pengalaman-pengalaman saya yang sangat sedikit ni. 

Kadang-kadang kita sebagai parents ni terlalu meletakkan harapan yang tinggi terhadap anak.
Saya pernah jumpa seorang ibu tunggal yang terlalu menekankan prestasi akedemik kepada anaknya sehingga anaknya terlihat kepenatan dan kurang perhatian.

Tanya diri kita apa BIG WHY kita dalam mendidik anak kita? Apa misi dan visi kita? Ke arah mana kita nak bawa anak kita? Kita nak anak kita jadi seperti apa 20 tahun lagi? Adakah kita memang berharap dia menjadi doktor seperti kita? Atau seorang bisneswoman seperti kita supaya boleh meneruskan bisnes kita? Itu ke yang kita pentingkan? Itu saja ke yang kita harapkan?

Dulu, waktu anak pertama saya berumur 1 tahun, saya bersemangat untuk mengajar dia alphabet dan huruf hijaiyyah.  Tapi, ayah saya berpesan, umur macam ni, yang paling penting adalah ajarkan anak tentang akhlak dan mengenal Allah. Tauhid. Tanamkan keyakinan kepada Allah.

Bukanla maksudnya macam kita belajar dalam kelas , ada silibus atau macam memberi pengajaran dalam kelas.Tapi, ajarkan anak ucap "terima kasih" setiap kali dapat sesuatu dari orang, hormat dan bersalam dengan orang yang lebih tua, dan sebagainya. Jangan lupa ajarkan juga selalu ucap syukur kepada Allah setiap kali mendapat sesuatu kerana semuanya itu datangnya dari Allah. Walaupun mama yang berikan. As simple as that. Dan selalu tanamkan bahawa Allah la yang menciptakan semua yang ada. Even mama, abah dan dirinya sendiri.

Semoga kita dapat sama-sama mendidik generasi anak-anak kita ni menjadi insan yang sentiasa jiwanya terikat dengan Allah. Sehingga di manapun mereka, apapun kerjaya dan aktiviti dalam kehidupan mereka, mereka sentiasa hidup bersama Allah, meminta kepada Allah, takut berbuat maksiat kerana Allah. DIDIK ANAK SENTIASA CONNECT DENGAN ALLAH!